Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya !!!!!!!

Alhamdulillah,setelah kita habis menunaikan ibadat berpuasa,kita menyambut hari kemenangan kita iaitu hari raya Aidilfitri..Fakta tentang Hari Raya Aidilfitri :

                   Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
                  Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik

Dihari raya ini kita akan membuat benda2 nie...dan termasuk aku sekali..hehehe..perkara2 nie aku x pernah miss lah setiap raya..hehehe

1.memohon kemaafan kepada ibu bapa,mmber2 dan semua orng yg kita berhubunglah..klu ada ada salah silap ker...mintak maaf lah..Aku pun nak mintak maaf kat korang semua yg mmbaca blog nie klu ada yg salah dah silap harap maafkanlah...





2.makan...nie acara fav aku..hehehe..x berhenti2 mkn utk raya pertama..hehehe..balas dendam balik 1bulan diet..hehhe...tp korang2 semua beringat tau time mkn2 nie...


3.pergi ziarah kubur...biasanya aku akan g masa raya ke-2..baca yassin pastu ayah aku akan baca doa..aku ikut jer..(x reti nak baca doa)...hehehe...

akhir kata......aku menyusun 20 jari (ngat kaki sekali)..memohon maaf dari rambut sampai hujung kuku kaki...0- 0....Selamat Hari Raya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...